Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Daerah
10 Jun 2017 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung Alor Setanggok. Majlis ini diserikan lagi dengan tahlil sebelum berbuka puasa yang diketuai oleh Imam Surau Alor Setanggok. Staff Pusat Internet juga tidak melepaskan peluang untuk memberi sedikit penerangan berkenaan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet untuk menarik minat penduduk kampung agar dapat memanfaatkan Pusat Internet yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka dalam penggunaan komputer dan internet.
Pegawai Daerah Mukim Gunung Semanggol juga turut hadir dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk Alor Setanggok yang berkelayakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: